Monday, July 19, 2010

sambungan:7 langkah menghindari kerosakan ukhuwah

Assalamualaikum warahmatullah....

Tergantung seketika post sebelum ini lantaran kesibukan yang melanda.Nak sambung tulis tapi tak tertulis-tulis jugak.Alhamdulillah,hari ini Allah bagi kelapangan masa dan kekuatan untuk menyambung kembali post yang tergantung.Jom kita sama-sama lihat 3 lagi langkah menghindari kerosakan ukhuwah.


5.ijtanibu kathiran minadzan(اجتنبوا كثيرا من الظن)

Allah subhanahuwataala berfirman:


يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن





"wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah kebanyakan prasangka kerana sebahagian prasangka itu dosa"


(al-hujurat:12)




Pada dasarnya seorang muslim dengan muslim yang lain bersikap baik sangka kecuali jika ada bukti-bukti yang jelas bahawa dia melakukan kesalahan.Sebaliknya kaum muslim harus berperasaan curiga dan berhati-hati terhadap musuh atau orang kafir.




Prasangka buruk terhadap sesama muslim boleh menjurus kepada kebinasaan ukhuwah islamiyyah.Kita telah bertemu dengan banyak kumpulan-kumpulan orang Islam yang dilanda krisis ukhuwah,yang mana kalau diteliti adalah berpunca daripada prasangka buruk yang tumbuh subur di kalangan mereka.




Rasullah salallahu'alaihiwasallam bersabda yang bermaksud:"hindarilah prasangka kerana prasangka itu adalah paling dusta".


(riwayat bukhari)




6.'adamut tajassus(عدم التجسس)




Iaitu tidak mencari-cari kesalahan atau aurat orang lain.Perbuatan ini amat dicela oleh Islam.Allah subhanahuwataala amat suka apabila hambaNya berusaha untuk menutup keaiban saudaranya.Dengan sikap ini,akan terbukalah kesempatan bagi mereka yang khilaf atau lalai itu untuk kembali masuk ke dalam bi'ah solehah.Firman Allah subhanahuwataala:




ولا تجسسوا


"dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan(dan aurat) orang lain"


(al-hujurat:12)




Rasullah salallahu'alaihiwasallam bersabda yang bermaksud:"janganlah kamu sekalian saling mendengki,saling membenci dan janganlah pula saling mencari kesalahan".




Diriwayatkan bahawa 'umar bin khattab berjalan-jalan di kota pada waktu malam untuk meninjau-ninjau keadaan rakyatnya.Tiba-tiba beliau mendengar seorang lelaki menyanyi-nyanyi dari dalam rumah.Maka umar pun naik ke atas dinding pagar rumah itu dan masuk ke dalamnya lalu berkata:"wahai musuh Allah,apakah kamu mengira bahawa Allah akan menutupi perbuatan dosamu itu?".




Orang itu pun menjawab:"engkau jangan terburu-buru menghukum aku bersalah wahai amirul mukminin.Jika aku melakukan kesalahan,maka engkau telah melakukan tiga kesalahan sekali gus.Pertama,engkau telah masuk ke dalam rumah ini bukan melalui pintu padahal Allah berfirman:


وأتوا البيوت من أبوابها


"dan masuklah ke dalam rumah-rumah itu dari pintu-pintunya"


(al-baqarah:189)




Kedua,engkau telah masuk ke dlaam rumah ini tanpa izin penghuninya,padahal Allah berfirman:




يأيها الذين ءامنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها


"hai orang-orang beriman,janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya"


(al-nur:27)




Dan yang ketiga,engkau telah melakukan tajassus(mencari-cari kesalahan),padahal ia jelas dilarang oleh Allah dalam firmanNya:


ول تجسسوا


"dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan(dan aurat)orang lain"
(al-hujurat:12)
Lalu umar berkata pula:"mahukah engkau memaafkan aku?".Orang itu menjawab:"sudah tentu!".Lalu umar pun keluar dan meninggalkannya.
7.ijtinabul ghibah(اجتناب الغيبة)
Allah subhanahuwataala menegaskan:
ولا يغتب بعضكم بعضا
"dan janganlah kamu menggunjing sebahagian yang lain"
(al-hujurat:12)
Ghibah sebagaimana dijelaskan oleh rasullah salallahu'alaihiwasallam adalah menceritakan keburukan atau kejelekan orang lain.
Apabila seseorang menceritakan kejelekan orang lain,maka ada dua kemungkinan yang merugikan.Pertama,apa yang dicerita itu benar berlaku maka perbuatan itu dinamakan ghibah.Kedua,apa yang diceritakan itu tidak berlaku atau tidak benar maka perbuatan itu dinamakan fitnah.
Begitu besar dosa ghibah sehingga Allah subhanahuwataala menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan daging saudaranya yang telah mati.Dalam sebuah hadith diterangkan ketika rasullah salallahu'alaihiwasallam dimi'rajkan,baginda dipersaksikan dengan seorang yang berkuku tembaga sedang mencakar-cakar wajahnya dan dadanya.Baginda bertanya kepada malaikat jibril:"apakah dosa orang tu wahai jibril?".Jibril menjawab:"dia adalah orang yang suka memakan daging saudaranya ketika di dunia(ghibah)".
Demikianlah 7 langkah menghindari kerosakan ukhuwah yang digariskan dalam Islam.Al-quran dan as-sunnah menuntut agar umat islam sentiasa berada dalam suasana ukhuwah islamiyyah yang indah.7 langkah yang disebutkan merupakan jalan-jalan utama untuk kita menjaga kekuatan ukhuwah islamiyyah.Semoga Allah selalu mengikat hati-hati kita yang beriman kepadaNya.