Thursday, April 15, 2010

Exam oh exam


Assalamualaikum Warahmatullah..

alhamdulillah..saya dah tahu bila tarikh final exam..walaupun rasa happy tapi hati ini rasa berdebar kerana tak lama lagi saya akan menduduki final exam. Start 10/05/10.
jadual exam pun dah ada kat tangan saya sendiri. Dalam hati berkata"aku bersedia da ke untuk final nanti"..ya Allah permudahkanlah aku untuk study..tenangkanlah hatiku..


English For Academic Communication (10/05/2010)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (11/05/2010)
Prinsip Pengurusan (15/05/2010)
Pengenalan Perniagaan (16/05/2010)
Pengantar Mikroekonomi (18/05/2010)
Pengenalan Psikologi Industri (20/05/2010)


Penyataan Diatas adalah jadual final exam Rosni..Takut sangat..moga Allah permudahkan..

bila hati berjuang kerana Allah,
dugaan itu tempat bersinggah,
keperitan ditelan sebagai juadah,
kejayaan dianggap mimpi indah,

p/s: Semoga Allah beri kekuatan dalam menghadapi dan meneruskan perjuangan


sahabat


sahabat,
kita berjumpa kerana takdir,
kita berkawan kerana kasih sayang,
kita bersama kerana hati,
kita kekal kerana kuatnya ukhuwah,
kita bergaduh kerana harga satu ikatan,
tapi...
yang paling penting semuanya kerana Allah..

bukan mudah untuk berkawan,
bukan mudah untuk kekalkan,
bukan mudah untuk teruskan,
bukan mudah untuk sampaisekarang,
tapi..
semuanya kerana Allah...

coretanku adalah bagi insan yang buta..
satu lakaran hati..
satu rahsia bagi insan daif yang mempunyai sejuta
maksud pada jwa yang memahaminya...

Tuesday, April 6, 2010

Aku ingin kembali kepadaMu...

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah,hari ini masih lagi diberikan kesempatan oleh Yang Maha Esa tuk menghirup udaraNya.Masih mampu bernafas dengan kurniaanNya.Masih diberikan pelbagai nikmat dalam hidup ini.Tapi bagaimanakah kita mengambil setiap peluang yang Allah berikan ini??Bagaimana kita mensyukuri setiap nikmat kurniaanNya??Bagaimana kita melihat cintaNya dalam setiap pemberianNya??Adakah kita ini hamba yang bersyukur??@ kita ini hamba yang kufur nikmat??

Kita buat kesilapan demi kesilapan dalam hidup.Tapi Allah dengan sifat pengampunNya mengampunkan dosa kita.Adakala kita lalai dan lupa lalu ingkar dengan perintahNya.Tapi Allah dengan sifat penyayangNya kembali menyedarkan kita.Mengambil kembali diri kita untuk hampir kepadaNya.Adakala kita hanyut dalam kehidupan duniawi.Tapi Allah dengan kemuliaan sifatnya masih mengurniakan rahmat kepada kita.

Wahai diri,masihkah kau mahu menangguhkan taubatmu sehingga ajal menjemputmu??Wahai diri,masihkah engkau mahu mempertikaikan takdirNya ke atas dirimu??Wahai diri,masihkah engkau mahu mempersoalkan dugaan demi dugaan,ujian demi ujianNya setelah pelbagai nikmat Dia berikan kepadamu??Layakkah engkau wahai diri untuk merasa bongkak dan takabur dengan apa yang kau miliki hari ini??Sedangkan segala yang kau miliki hari ini adalah kurniaanNya.Kau mendabik dada dan merasa megah dengan kekuasaan yang kau miliki hingga terlupa pada pemilik segala kekuasaan.

Ya Allah,saat dan detik ini ku hadapkan wajahku kepadaMu.Mohon diampunkan segala dosa-dosaku.Aku mohon dilahirkan semula sebagai hambaMU.Aku mohon kekuatan untuk kembali kepada fitrahku.Aku mohon diberikan ketabahan untuk aku mencari cintaMu dan cinta mereka-mereka yang mencintaiMu.Aku mohon dipermudahkan segala urusanku.Aku mohon diberikan hati yang baru kerna hati yang aku miliki saat ini kering dan tandus.
Aku mohon diberikan kekuatan untuk aku menggapai redhaMu.Aku mohon kekuatan untuk aku menyusuri jalan yang penuh berliku dan onak duri kerna hanya jalan ini yang akan membawa aku kepadaMu.