Sunday, May 23, 2010

Tarbiyah Melahirkan Mujahid

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah,Allah berikan kesempatan untuk terus menikmati nikmatnya hidup.Kekangan masa akibat dari kesibukan exam membantutkan hasrat untuk memberikan sesuatu disini.Alhamdulillah,Allah berikan sedikit kelapangan untuk berkongsi sesuatu.Dalam halaqah cinta minggu lalu,kami membincangkan tajuk berkenaan tarbiyah.Kat sini saya nk kongsi sikit apa yang saya dapat dalam halaqah cinta saya tu.

Bila dinilai dengan teliti,saya nampak betapa tarbiyah ini bukan sahaja melahirkan seorang mukmin yang beramal tuk diri sendiri,bertaqwa sendiri-sendiri dan masuk syurga sorang-sorang.Bahkan tarbiyah islamiyah ini melahirkan mukmin yang bersedia memberikan khidmat,memberi sumbangan malah berkorban dijalan Allah S.W.T.

Saat meneroka sejarah masa lalu,kita dapat melihat bagaimana Rasulullah S.A.W mendidik para sahabat sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka,yang sentiasa bersedia berkorban dan berjihad dijalan Allah S.W.T.Lihat saja pada keperibadian Abu Bakar yang menginfakkan seluruh hartanya dijalan Allah.Lihat pula pada peribadi Abdul Rahman Al-'Auf dan ramai lagi.Mereka ini adalah hasil tarbiyah imaniyah yang berjalan dalam madrasah Rasulullah S.A.W.Didikan Baginda bukan melahirkan ahli-ahli falsafah mahupun ahli sufi yang tenggelam dalam riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipu muslihat musuh yang ingin menghapuskan islam.

Sabda Rasulullah S.A.W:"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah."

Hassan Al-Banna pernah menyebut:"Jihad adalah fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."

Serendah-rendah tingkat jihad adalah dengan cara membantah dalam hati dan setinggi-tinggi tingkat jihad adalah ilah berperang fi sabilillah kerana kebenaran.Dan diantara keduanya itu terdapat jihad dengan cara yang lain seperti berjihad melalui pena,melalui lidah dan sebagainya.
Dan semua tingkatan jihad itu lahir dari proses tarbiyah imaniyah.

Proses tarbiyah imaniyah ini mesti berjalan secara berterusan sepanjang hayat.Tidak boleh diabaikan mahupun diberhentikan.Syeikh Mustafa Masyhur mengatakan bahawa tarbiyah dan proses pembersihan hati ini umpama makanan dan siraman pada pokok yang disemai.Jika pokok tidak disirami dan dibajai maka kering dan layulah pokok tersebut.Begitu jua dengan hati kita.Kehidupan kita ini adalah kerana hidupnya hati dengan keimanan bukan jasad semata-mata.Iman itulah yang kemudiannya melahirkan kehidupan yang bermakna.Hati jika tidak digilap maka akan berkaratlah ia sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati)."(HR Al Baihaqi)

Iman dihati kita ini terdedah pelbagai penyakit yang boleh merosakkan jiwa kita.Oleh itu,kita perlu memohon pada Allah agar sentiasa memperbaharui keimanan kita.Sabda Baginda yang bermaksud:

"Sesungguhnya iman itu boleh lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.'
(HR Al Hakim dan At Tabrani)

Tarbiyah inilah yang perlu dilalui oleh generasi muda sekarang agar islam kembali tertegak di atas muka bumi ini.Kita perlu melalui proses yang sama yang telah dilalui oleh para sahabat agar kita dapat melahirkan mukmin mujahid.Moga kita yang sama-sama berada dalam proses ini akan terus istiqomah.Kerna inilah satu-satunya jalan untuk kita sampai kepada Allah.Moga Allah tetapkan langkah kita dijalanNya.Dan sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan redha Ilahi.

Thursday, May 6, 2010

FINAL EXAM...

Assalamualaikum...




Rasanya seolah-olah baru semalam saya menjejakkan kaki ke bumi Syam ini.Pejam celik pejam celik rupanya saya semakin menghampiri ke penghujung tahun 2 saya di Yarmouk University.

Bila dah kata hampir ke penghujungnya maka secara automatiknya hampir dengan imtihan nihaie.Untuk sem kali nie saya ambil 6 maddah,yang mana kebanyakannya adalah maddah-maddah killer.huhuhu...Jadi,saya mohon doa dari kalian semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya & memberikan kecemerlangan dunia akhirat...Moga kejayaan ini nanti menjadi satu wasilah untuk menyebar luaskan islam..


12/5-tilawah wa hifz 8-9.30

19/5-hasub 10.15-11.30

23/5-aqidah 8.30-10.30

1/6-asalib bayan 8.30-10.30

2/6-tafsir 11-1

3/6-mabadi' iqtisod 11-1


p/s:Ya Allah,sekiranya kegagalanku membawa kepada fitnah pd islam & perjuangan,maka KAU cemerlangkanlah aku dlm setiap perkara.dan sekiranya kejayaanku m'buatkan aku jauh dr islam & perjuangan,maka KAU berhak menentukan yang selayaknya untukku.Krn aku mengimani tiada yang KAU takdirkan sia2,melainkan ada hikmah yang blom t'singkap nilainya...

Monday, May 3, 2010

Menulis Blog

Assalamualaikum Warahmatullah

Telah lama aku tinggalkan blog ini kerana final exam tak lama lagi akan menjelang.Tapi hati ini terasa hendak menulis blog sebelum balik kampung. Aku tahu jika aku telah berada kat kampung aku tak da masa untuk tulis blog ini. Pada masa itu rinduku pada blog ini akan mendalam. Sesungguhnya blog ini aku amat sayang walaupun tak seberapa cantik. Blog ini aku kongsi bersama dengan kakak angkatku iaitu kak Ummi Syuhairah Abdullah. Aku hanya memanggil "akak"..kami tak bersua langsung..Hanya penghubung antara aku dengan akak ialah SMS,YM dan call..
aku sendiri yang mencadangkan blog ini agar kami kongsi bersama.

Blog2...lepasni aku tak kn jumpa dirimu selama 2 bulan lebih..Ya Allah..
tapi aku kena hadapinya jugak..haha..
tak lama lagi aku akan final exam..tak tahulah betapa takutnya diriku untuk menghadapi final ini..padahal aku belum sepenuhnya lagi untuk study..Ya Allah permudahkanlah aku..
ditambah lagi dengan faktor kesihatan..sejak akhir2 ini aku kerap sakit dan menyebabkan aku tak pergi ke kolej dan study dengan tenang..Ya Allah aku nak final tolonglah jangan beri "sakitku" datang mengganggu ku..aku tak tahan..aku belum study sepenuhnya lagi..Ya Allah berilah aku kesihatan yang baik...

Selain faktor kesihatan,aku turut fikir benda yang tak sepatutnya aku fikir buat masa sekarang ini apatah lagi dekat final ni..entahlah ape nak jadi pada diriku..Ya Allah kuatkanlah aku..Tapi aku takut benda ni akan jadi kenyataan..TAK NAK!!!..aku sayang dia..aku tak blh lepaskan dia pada orang tu..Tapi pasti orang tu rasa sakit sangat..entahlah..aku pun tak tahu nak buat ape..

disebabkan faktor ni aku jadi malas untuk study..Ya Allah janganlah beri diriku jadi pemalas..TAK NAK!!!...habis ape ku nak??hahaha..entahla..
buat lawak plak aku kat blog ni..tak pe la lagi pun aku tak tahu lgi dapat tulis blog lagi ke tak..insya Allah lepas final ni nak tulis lagilah..kalau sempat sebab time tu nak kemas barang lagi jika aku sihat kalau tak kak ju la yang kemas kan...tapi aku nak kemas sendiri..huhu...ngeeekk...

"akak,adik minta maaf sebab tulis blog cam ni..patutnyer post ni tak sesuai kat cni..tapi adk rase nak tulis gak kat cni..sebab blog adk tu yang satu tu sedih sangat..TAK NAK SEDIH!!!...hahahaha..nampaknyer adk da langgar peraturan kn kak..Alaaa nak tulis cni gak??huhu...akak da dekat final kan..da tahu jadual final kn..so adk nk akak tulis blog ni dan letak jadual final akak...letak jugak??hehehe..adk nak tengok nanti tu..(kat cni pun nak manje ngn akak ke?)..hahahaha..akak adk da nak final ni..doakan adk yer..adk takut ni..akak.akak kat cne jga diri taw..ingat adk tapi pling utama ingt Allah dahulu..akak study molek yer..kak nak tau tak bile adk buka blog ni kn adk rase akak ade je dkt adk,,tu sebab adk sayang sgt blog ni..hehehe..akak,adk sayang akak dan adk rindu sangat kt akak......"


p/s: moga Allah mempertemukan aku dengan akak..insya Allah.."akak.adk tunggu akak kat cini..miss u..