Monday, March 8, 2010

Kolej Teknologi Darulnaim tetap Di hatiku


Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah,saya rasa amat bersyukur kerana impian saya untuk belajar kat KTD dah tercapai.Saya Rasa amat bersyukur walaupun ummi dan Abah rasa berat untuk melepaskan saya pergi ke sini.Akhirnya ibubapa saya fahm mengapa saya berhajat sangat untuk belajar kat KTD.Terima Kasih umi,terima kasih abah.Saya tahu umi rasa tak sampai hati untuk lepaskan saya pergi disebabkan masalah kesihatan.Saya janji tak kan menyusahkan orang lain.

Pada mulanya saya berasa terkejut bila melihat KTD di hadapan mata saya sendiri.Alangkah buruknya KTd.Namun,saya kuatkan diri saya untuk menerima KTD adalah tempat aku menimba ilmu Allah.Pada Hari Masir,saya berasa segan dan malu untuk melihat semua orang.Sesungguhnya saya memang seorang pemalu.

Semua orang dalam KTD mencari siapa nama "Rosni Binti Tamari".Pelik mengapa semua orang cari saya.Rupanya,sebelum saya ke sini,kakak saya beitahu pada mereka bahawa adiknya(Rosni) akan belajar kat sini.Hanya tuhan sahaja yang tahu saya pada ketika itu,malu sangat.

KTD,walaupun nampak buruk,namun akhlak pelajar adalah penting bagi KTD.Saya bersyukur kerana dapat study kat KTD.Thanks ALLAH..

1 comment: