Thursday, August 5, 2010

PERUTUSAN RASULULLAH S.A.W. SEMPENA BULAN RAMADHAN


Petikan teks ucapan Rasululla s.a.w menjelang Ramadhan


Tuan/Puan seklian,
bulan ramadhan menjelang tiba, bulan yang agung dan penuh barakah. punyai malam yang melebihi seribu malam. Puasanya menjadi fardhu. Qiamullail di malamnya sangat di tuntut. Siapa jua yang mendekati Allah dengan mengerjakan satu amal kebajikan menyamai fardhu di bulan lain.


Bulan kesabaran dimana ganjarannya syurga, bulan simpati, rezeki mukmin dilipatkan gandakan. Barangsiapa memberi makan orang lainberbuka puasa. baginya pengampunan dari segala dosa dan pembebasan dari seksaan neraka. ganjaran pahalanya sama denganyang diberikan kepada orang yang berpuasa itu.

para sahabat merungut : "..wahai Rasulullah saw tidak semua diklangan kami mampu bebrbuat demikian...
Baginda menjawab : Allah menganugerahkan pahala sebesar ini kepada oarang yang berbuat demikian walaupun hanya sekadar buah tamar. segelas aiar ataupun seteguk susu.."

Ramadhan ini didahului dengan rahmat, diikuti dengan pengampunan, dan diakhiri dengan pembebasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan tugas pekerjanya dibulan ini , Allah akan mengampunkan segala dosanya dan melepaskan nya dari azab api neraka.

perbanyakkanlah dibulan ini dengan mengerjakan EMPAT perkara. DUA daripada nya menyukai Allah, manakala DUA lagi perkara yang sangat kamu hajatkan. perkara yang disukai Allah itu :-

1. Syahadah ( la ilaha illallah )
2. istighfar ( mohon keampuan )

manakala Dua perkara yang kanu hajati:-

1. memohon syurga dari Allah
2.memohon perlindungan dari api neraka

barangsiapa yang memberi minum orang yang berpuasa nescaya Allah akan memberinya minuman dari kolam Rasulullah saw dihari khiamat kelak. dan mereka tidak akan merasa dahaga sehinggalah masuk kesyurga...

hadis Riwayat Ibnu Khuzaiumah

No comments:

Post a Comment