Sunday, May 23, 2010

Tarbiyah Melahirkan Mujahid

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah,Allah berikan kesempatan untuk terus menikmati nikmatnya hidup.Kekangan masa akibat dari kesibukan exam membantutkan hasrat untuk memberikan sesuatu disini.Alhamdulillah,Allah berikan sedikit kelapangan untuk berkongsi sesuatu.Dalam halaqah cinta minggu lalu,kami membincangkan tajuk berkenaan tarbiyah.Kat sini saya nk kongsi sikit apa yang saya dapat dalam halaqah cinta saya tu.

Bila dinilai dengan teliti,saya nampak betapa tarbiyah ini bukan sahaja melahirkan seorang mukmin yang beramal tuk diri sendiri,bertaqwa sendiri-sendiri dan masuk syurga sorang-sorang.Bahkan tarbiyah islamiyah ini melahirkan mukmin yang bersedia memberikan khidmat,memberi sumbangan malah berkorban dijalan Allah S.W.T.

Saat meneroka sejarah masa lalu,kita dapat melihat bagaimana Rasulullah S.A.W mendidik para sahabat sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka,yang sentiasa bersedia berkorban dan berjihad dijalan Allah S.W.T.Lihat saja pada keperibadian Abu Bakar yang menginfakkan seluruh hartanya dijalan Allah.Lihat pula pada peribadi Abdul Rahman Al-'Auf dan ramai lagi.Mereka ini adalah hasil tarbiyah imaniyah yang berjalan dalam madrasah Rasulullah S.A.W.Didikan Baginda bukan melahirkan ahli-ahli falsafah mahupun ahli sufi yang tenggelam dalam riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipu muslihat musuh yang ingin menghapuskan islam.

Sabda Rasulullah S.A.W:"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah."

Hassan Al-Banna pernah menyebut:"Jihad adalah fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."

Serendah-rendah tingkat jihad adalah dengan cara membantah dalam hati dan setinggi-tinggi tingkat jihad adalah ilah berperang fi sabilillah kerana kebenaran.Dan diantara keduanya itu terdapat jihad dengan cara yang lain seperti berjihad melalui pena,melalui lidah dan sebagainya.
Dan semua tingkatan jihad itu lahir dari proses tarbiyah imaniyah.

Proses tarbiyah imaniyah ini mesti berjalan secara berterusan sepanjang hayat.Tidak boleh diabaikan mahupun diberhentikan.Syeikh Mustafa Masyhur mengatakan bahawa tarbiyah dan proses pembersihan hati ini umpama makanan dan siraman pada pokok yang disemai.Jika pokok tidak disirami dan dibajai maka kering dan layulah pokok tersebut.Begitu jua dengan hati kita.Kehidupan kita ini adalah kerana hidupnya hati dengan keimanan bukan jasad semata-mata.Iman itulah yang kemudiannya melahirkan kehidupan yang bermakna.Hati jika tidak digilap maka akan berkaratlah ia sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati)."(HR Al Baihaqi)

Iman dihati kita ini terdedah pelbagai penyakit yang boleh merosakkan jiwa kita.Oleh itu,kita perlu memohon pada Allah agar sentiasa memperbaharui keimanan kita.Sabda Baginda yang bermaksud:

"Sesungguhnya iman itu boleh lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.'
(HR Al Hakim dan At Tabrani)

Tarbiyah inilah yang perlu dilalui oleh generasi muda sekarang agar islam kembali tertegak di atas muka bumi ini.Kita perlu melalui proses yang sama yang telah dilalui oleh para sahabat agar kita dapat melahirkan mukmin mujahid.Moga kita yang sama-sama berada dalam proses ini akan terus istiqomah.Kerna inilah satu-satunya jalan untuk kita sampai kepada Allah.Moga Allah tetapkan langkah kita dijalanNya.Dan sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan redha Ilahi.

No comments:

Post a Comment