Monday, June 28, 2010

7 Langkah Menghindari Kerosakan Ukhuwah

Assalamualaikum Warahmatullah....





Dalam post kali ini saya tertarik untuk menyentuh perkara berkaitan dengan ukhuwah kerana saya melihat berlakunya pelbagai perkara dalam ukhuwah ini.Sebelum menyentuh kepada tajuk post kali ini,saya ingin memberikan ta'rif ukhuwah supaya kita lebih memehami konsep sebenar ukhuwah.Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna telah menta'rifkan ukhuwah:"Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang TERIKAT DENGAN IKATAN AQIDAH". Inilah yang dimaksudkan dengan ukhuwah yang sebenar.Yang mengikat hati kita dengan sahabat kita bukanlah kerana keturunan,harta,paras rupa,perkauman dan sebagainya. Sebaliknya aqidah yang satu itu yang saling mengikat jiwa-jiwa orang mukmin.


Allah S.WT dalam surah Al-Hujurat telah memaparkan 7 langkah untuk menghindari kerosakan ukhuwah iaitu:

1.Tabayyun(تبين)
Tabayyun bererti mencari penjelasan maklumat.Yakni,mencari bukti kebenaran sesuatu maklumat yang diterima.Sikap terburu-buru dalam menerima sesuatu maklumat boleh membawa kepada kerosakan ukhuwah.

Musuh Islam memang cemburu melihat ukhuwah yang terjalin rapi.Mereka akan menghebahkan sesuatu berita dengan tujuan memporak perandakan ukhuwah orang-orang islam.Di samping itu,disebabkan kelalaian atau kecuaian.Maka di sinilah perlunya sikap tabayyun sehingga berita yang tidak betul dapat dibendung dari awal-awal lagi.Allah subhanahuwataala berfirman:

يأيها الذين ءامنوا ان جاءكم فاسق بنباء فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهلة فتصبحوا على ما فعلتم ندمين

"Wahai orang-orang beriman,jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar akmu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"
(Al-Hujurat:49:6)
Ayat ini mempunyai hubing kait dengan kisah hadithulfik(berita dusta)yang menimpa Sayyidah 'Aisyah yang cukup menggoncangkan keadaan di zaman Rasullah Sallahu'alaihiwasallam.Kalau berita yang datang dari orang fasiq harus diteliti maka apatah lagi berita yang dihebahkan oleh musuh-musuh Islam yang nyata seperti Yahudi,musuh dari barat dan seumpamanya.

2.'Adamus Sukhriyyah(عدم السخرية)
Ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kepompok lain.Firman Allah Subhanahuwataala:

يأيها الذين ءامنوا لا يسخز قوم من قوم عسى أن يكونوا خيرا منهم

"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain(kerana) boleh jadi mereka(yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan)"
(Al-Hujurat:49:11)

Seseorang atau suatu kelompok yang suka memperolok-olokkan orang lain atau kelompok lain, biasanya menganggap dirinya atau kelompoknya lebih baik daripada yang lain.Padahal Allah Subhanahuwataala telah menegaskan bahawa orang yang diperolok-olokkan itu boleh jadi lebih baik daripada yang memperolok-olokkan.Dengan sikap ini,suasana ukhuwah yang harmoni dan bersih boleh menjadi keruh,yang sedia keruh bertambah keruhnya.

Pada masa ini terlalu banyak kelompok atau organisasi da'wah yang menyebarkan Islam.Antara mereka sering kali ada perbezaan-perbezaan tertentu.Ada yang meletakkan al-hadaful a'la(sasaran tertinggi)nya untuk menegakkan khalifah islamiyyah.Ada pula yang menetapkan pembaikan ibadah dalam bidang tertentu sebagai sasaran tertingginya.Keadaan ini,kadang-kadang melahirkan suasana tanafus(persaingan) yang tidak sihat.Persaingan ini semakin tidak sihat sekiranya wujuk satu kelompok mencemuh kelompok yang lain.

Seharusnya setiap kelompok itu berusaha ke arah penyatuan hakiki atau saling berlapang dada untuk mewujudkan suasana ta'awun bagi menghadapi konspirasi taghut yang kini menghentam Islam dari berbagai sudut.

3.'Adamul Lamz(عدم اللمز)
Ertinya tidak mencela orang lain.Ini ditegaskan oleh Allah Subhanahuwataala dalam firmanNya:

ولا تلمزوا أنفسكم

"Dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri"

Berdasarkan ayat ini,perbuatan mencela sesama muslim dianggap mencela diri sendiri.Ini kerana pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan.Kemenangan Islam hanya akan dicapai melalui kekuatan aqidah dan ukhuwah.Adalah sukar unutk mencapai kemenangan Islam jika tidak ada cinta sebagai pengikat ukhuwah lantaran sebahagian mukmin mencela sebahagian yang lain.Apatah lagi jika celaan itu berkaitan dengan permasalahan pangkat atau kebendaan.

Allah Subhanahuwataala menyuruh Rasul dan orang-orang beriman bersabar di atas segala kekurangan orang-orang mukmin yang lain.FirmanNya:

واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم بالغدوة والعشى يريدون وجهه

"Dan sabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Rabb mereka di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya"


(Al-Kahfi:18:28)


Cela mencela itu adalah salah satu kebiasaan orang-orang munafik.Allah Subhanahuwataala menjelaskan kepada kita:

ومنهم من يلمزك فى الصدقت فان أعطوا منها رضوا وان لم يعطوا منها اذا هم يسخطون

"Dan di antara mereka ada orang yang mencelamu tentang (pembahagian)zakat(iaitu orang-orang munafik).Jika mereka deberi sebahagian daripadanya,mereka bersenang hati,dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadanya mereka serta merta mereka menjadi marah"


(At-Taubah:9:58)

4.Tarkut Tanabuz(ترك التنابز)

Iaitu meninggalkan panggilan-panggilan yang tidak baik terhadap sesama muslim.Ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwataala:

ولا تنابزوا بالألقاب

"Dan janganlah kami saling memanggil dengan sebutan-sebutan(yang buruk)"
(Al-Hujurat:49:11)
Tanabuz yang paling burk ialah memanggil orang mukmin dengan panggilan yang membawa makna "kafir".Atha,salah seorang mufassirin mengatakan:"tanabuz adalah nama atau sebutan yang engkau tujukan kepada seseorang yang mengandungi erti bahawa orang itu bukan muslim."(Tafdir Fathul Qadir vol V hal 64).

Contohnya apabila seseorang muslim menolak da'wah seorang pendakwah maka janganlah dengan mudah pendakwah itu berkata,"Ah,orang itu bersikap seperti Abu Talib....!"

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment