Wednesday, June 9, 2010

Faktor Kejayaan Tarbiyah Islamiyah

Assalamualaikum warahmatullah...

Entry kali ini adalah sambungan dari entry yang lalu.Kali ini,saya akan membicarakan tentang faktor-faktor kejayaan tarbiyah.Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan tarbiyah islamiyah,antaranya:

1)Keyakinan penuh bahawa tarbiyah adalah satu-satunya jalan yang paling berkesan untuk merubah masyarakat serta melahirkan rijal-rijal agama seterusnya mencapai kejayaan.

2)Hanya tarbiyah islamiyah yang mempunyai manhaj dan matlamat serta lengkap meliputi seluruh aspek,jelas sumber,proses dan perancangannya.

3)Tarbiyah islamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang soleh sekaligus mendidik masyarakat dengan nilai-nilai islam.

4)Mempunyai pendidik-pendidik yang berwibawa,ikhlas serta amanah.

5)Mempunyai pemimpin yang mendidik dengan fitrah dan acuan Allah.

6)Menggunakan pelbagai wasilah yang menjurus kearah pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.

Islam hanya akan dapat memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara menyeluruh dalam kehidupan kita.Maka,setiap amilin islam perlulah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Dan menjadi harapan agar masa depan adalah masa depan islam.

No comments:

Post a Comment